28hb Julai 2016 // Jemputan Sebagai Penceramah Bagi Taklimat Motor Insurance & Parts Identification Dan Estimating & Repair Methodology



Sukacita dimaklumkan bahawa MOTORDATA RESEARCH CONSORTIUM SDN BHD bekerjasama dengan ProAtec eSkill telah mengadakan satu ceramah kepada pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tarikh dan masa tertera di bawah :-

Tarikh   : 28 Julai 2016 (Khamis)
Tempat : Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
                Dewan Kuliah 
Masa     : 10:00pagi - 12:30petang
Penceramah 1 : Puan Suzana Mohamad (Motordata Research Consortium SB)

Penceramah 2 : Mr. Daniel Loh (ProAtec eSkill)

    

    


Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada situasi sebenar yang berlaku di industri berkaitan dengan perkembangan terkini mengenai bidang tuntutan insuran kenderaan. Seramai lebih daripada 50 pelajar kursus kejuruteraan mekanikal bersama guru-guru menyertai program tersebut.