15hb April 2016 // TAKLIMAT RINGKAS KEDUA tentang JPJ PENDAFTARAN BENGKEL PEMBAIKAN KEMALANGAN KENDERAAN AUTOMOTIF
PROATEC ESKILL sekali lagi memberi khidmat kepada PAWOA dalam proses memberi taklimat ringkas tentang JPJ Pendaftaran Bengkel Pembaikan Kemalangan Kenderaan Automotif kepada ahli-ahli bengkel PAWOA pada tarikh yang tertera di bawah :-
Tarikh : 15hb April 2016 Masa : 3:00petang hingga 4:30petang Tempat : Dewan besar PAWOA
Dalam taklimat tersebut, PROATEC eSKILL menerangkan cara-cara mengisi "Borang Pendaftaran Bengkel Pembaikan Kemalangan Kenderaan Automotif" dan juga cara bagaimana mengumpulkan bukti-bukti sokongan yang tersenarai dalam borang tersebut.
Ahli-ahli bengkel pembaikpulihan juga mengambil kesempatan membuat pertanyaan sekiranya menghadapi masalah mengisi borang tersebut dan / atau mengumpulkan bukti-bukti sokongan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi PROATEC (Attn : Ms Crystein 016-5432523) atau PAWOA Secretary Mr. Lee @ 05-2416288.