24hb Feb 2016 // Program Lawatan Industri dari POLITEKNIK KOTA BAHRU
Tarikh : 24hb Februari 2016
Masa : 10:00pagi hingga 1:30petang
Venue : TOP DIVERSIFIED SDN BHD, TAIPING (PROTON EDAR AUTHORISED SERVICE CENTER AND BODY & PAINT CENTER)
Atas permintaan dari Politeknik Kota Bahru Bahagian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotive), satu program lawatan akademik diadakan di Top Diversified Sdn Bhd, Taiping dengan tujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada siswa Politeknik Kota Bahru tentang pengurusan bengkel pusat servis bagi memenuhi modul pembelajaran dalam subjek "Pengurusan Bengkel".
Satu rombongan seramai 36 siswa dan 2 orang pensyarah yang menyertai program tersebut.
Aturcara Program :-
10:00am Ketibaan pelajar Kolej Politeknik Kota Bahru
Bacaan doa
Taklimat Ringkas tentang aturcara dan peraturan keselamatan di pusat servis
10:30am Pelajar terbahagi kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tempoh 30 minit bagi 'satu station' dan tukar
Station A - Kaunter Depan, Penasihat Servis, Bahagian Setor
Station B - Pemeriksaan Kualiti, Servis Operasi
* Pelajar terdedah dengan penerangan kerja & tanggungjawab, carta aliran operasi kerja, penggunaan "Repair Order" dan disiplin kerja
11:15am Pelajar pergi ke pusat body & paint
Pelajar terbahagi kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tempoh 30 minit bagi 'satu station' dan tukar Station A - Kaunter Depan, Estimating, Station B - Paneling, Penyemburan Cat, M.E.T. * Pelajar terdedah dengan penerangan kerja & tanggungjawab, carta aliran operasi kerja, penggunaan "Repair Order" dan disiplin kerja
12:15pm Taklimat ringkas tentang Industri Kenderaan dan Bengkel di Malaysia dan juga Laluan Kerjaya (Career Path)
Sesi soal jawab